Translate
Khamis, 29 November 2012
cerpen
Kini aku sudah berumur 25 tahun .. aku sudah 2 tahun berada di Korea kerana mendapat tawaran bekerja di sini.. setiap hari aku disini kosong seperti tiada apa yang menarik yang dapat dikongsikan..' bila aku akan disayangi olehnya? sudah bertahun kehidupan aku seperti ini ' persoalan ku itu telah mengingatkan aku pada seseorang yang amat aku sayangi dan tidak pernah aku lupakan di sudut hati aku.. dia adalah insan yang bernama Amin ...
Aku dan Amin merupakan kawan yang baik dari kecil lagi .. Amin juga merupakan sahabat baik abangku .. kami sentiasa bergurau dan bermain bersama tidak kira cuaca dan rintangan yang melanda .. sehingga suatu masa .. aku mulai jatuh hati kepadanya ketika aku berumur 15 tahun .. aku tidak tahu mengapa perasaan aneh muncul dalam hatiku ... sudah puas aku cuba membuang perasaan itu, kerana aku tahu aku tidak layak untuk bersamanya.. semakin aku cuba buang .. semakin timbul perasaan itu.. dengan jarak perbezaan umur aku dengan dia hanya 2 tahun .. aku tidak dapat menyanyanginya seperti abang mahupun sahabat ..
Setiap hari aku bersamanya .. pergi ke sekolah bersamanya.. setiap petang aku dan dia akan bermain dan berborak di hadapan rumahku .. sangat indah waktu tu.. Tetapi, malang yang menimpa.. setelah selesai dia menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dia terpaksa pergi dariku demi mencapai cita-cita yang diadaminya sejak kecil lagi .. Dia berjaya melanjutkan Pelajaran di UPM, dia berada di sana selama 5 tahun kerana ingin menyambung pelajarannya ke PHD.. aku terpaksa berpisah dengannya walau hatiku tidak rela akan pemergiannya..
Apabila umur aku 19 tahun .. aku mendapat tawaran menyambung pengajian aku di UITM Shah Alam.. mula-mula aku gembira dan teruja apabila mendapat berita tersebut , tapi aku tidak sampai hati untuk meninggalkan tempat aku dilahirkan dan dibesarkan .. aku juga tidak sanggup berpisah dengan ibu dan bapaku .. tapi apakan daya, ibuku menekanku agar menerima sahaja tawaran tersebut memadangkan keputusan yang aku perolehi dalam peperiksaan SPM amat membanggakan .. tanpa berfikir lagi aku terus menerima sahaja tawaran itu.. dan aku juga terpaksa meninggalkan segala kenangan aku bersama insan yang amat aku cintai sehingga kini dan perasaan aku terhadapnya tidak akan hilang dimamah usia yang semakin hari semakin memerlukannya..
2 tahun kemudian , aku kembali ke kampungku setelah tamat pengajianku di universiti tersebut.. Aku bercadang ingin menyambung pengajian ke Ijazah setelah cuti semester tamat .. setibanya aku di kampung halaman ku .. suasana di kampungku tidak pernah berubah sedikit pun .. segala apa yang ada dahulu .. kekal sehingga kini .. tempat aku bermain, keadaan halaman rumahku . tidak pernah berubah .. semakin aku cuba melupakan seorang kaum Adam yang bernama Amin semakin sukar.. semasa sedang melihat keadaan sekeliling.. tiba-tiba aku ditegur oleh seorang lelaki yang bernama Hisyam .. Hisyam merupakan salah seorang rakan sekelasku semasa aku berumur 15 tahun dahulu .. dia juga pernah meminati aku pada masa dahulu .. tetapi, cintanya aku tolak kerana hatiku telah dicuri oleh Amin .. Hisyam masih seperti dahulu, wataknya yang kelakar dan perangainya yang baik masih kekal. cuma, wajahnya sedikit tampan daripada dahulu.. "Apa yang kau menung tu Ain ? .." hisyam menyapa.. "tiada apalah Hisyam.. kau apa khabar? aku tengok kau memang tak berubah langsung .. dari dulu sampai sekarang" aku membalas.. "biasalah.. aku tidak berubah sebab kau .." katanya sambil tersenyum kepadaku .. aku terdiam kaku.. kenapa dia berkata sedemikian ? adakah dia masih mencintai aku ? oh ! tidak mungkin ...
Aku rindu akan suasana di sini .. aku berjalan-jalan sendirian sambil mengingati kisah indah aku bersamanya.. jika aku dapat undurkan putaran dunia .. aku akan berbuat demikian.. jika aku juga dapat hentikan masa pada waktu itu aku akan hentikan .. tapi apakan daya.. ini semua takdir Allah untuk aku .. sedang asyik tersenyum sendirian aku telah disapa oleh sesorang yang amat dikenali .. aku terkaku apabila dia berada di hadapanku sambil mengukirkan sebuah senyuman yang indah di bibir.. wajahnya sentiasa berlegar-legar dalam jiwa dan mindaku dahulu .. kini .. dia benar- benar berada di hadapanku.. aku bagai tidak dapat mengalihkan pandangan aku ke tempat lain kerana hatiku telah dipukau oleh kuasa matanya bagaikan magnet yang menarik aku untuk menatapnya.. "Amin..." itu yang dapat aku keluarkan dari bibir aku.. "Ye.. ini aku .. Amin.. kau dah berubah Ain .. kau nampak cantik sekarang.." katanya.. "kau nie suka sangat bergurau kan ?.. kau pun semakin hensem sekarang" balasku sambil menahan rasa rindu yang telah lama aku bekukan di dalam hatiku .. dia hanya tersenyum setelah mendengar apa yang aku ungkapkan tadi.. Aku dan dia berborak kosong di halaman rumah aku tempat dimana kami bersama ketika dahulu .. dia bertanya akan kehidupan aku sekarang .. dan begitu juga aku.. kami berdua sibuk menceritakan pengalaman masing-masing..
Tiba-tiba ada suatu perkara yang terjadi berlaku diantara aku dan dia.. pada petang setelah aku dan dia berbual .. aku mengambil keputusan untuk memeranjatkan dia dengan memasak makanan kegemarannya.. setelah selesai memasak .. aku ingin kerumahnya dan memberinya rasa masakan yang buat kali pertama aku lakukan untuknya .. sesampai sahaja dirumahnya.. aku memberi salam seperti kebiasaan masyarakat kita apabila melawat ke rumah jiran mereka.. tapi , salamku tidak disahut oleh sesiapa.. aku mengetuk pintu rumahnya.. dengan tidak semena pintu itu terbuka.. kenapa pintu ini tak ditutup dan dikunci ?. persoalan yang masih terbuku di hati... aku mengambil keputusan memasuki rumah Amin kerana aku menganggap keluarga Amin ada di dalam dan mungkin tidak mendengar salamku.. masuk sahaja di rumah .. keadaan rumah Amin sangat sunyi ,, tiada sesiapa pun di rumah .. aku pun meletakkan makanan dari hasil tangan aku sendiri di atas meja dan mengambil keputusan pulang ke rumah.. tiba- tiba ada suara memangil namaku.. "Ain.. buat apa di sini?" tanya Amin dengan riak muka yang agak terkejut dengan keadaannya yang tidak terurus.. "Ain.. hantar makanan kegemaran Amin .. Ain masak sendiri nie.. tadi Ain bagi salam .. tiada siapa yang jawab Ain ketuk pintu tapi pintu terbuka sendiri.. Ain pun masuk dan letak makanan dekat atas meja.. Ain ingat Ain nak balik .. tiba-tiba Amin tegur.." balasku dengan panjang lebar.. aku rasa dia baru sahaja selesai dari mandi .. kerana dia hanya memakai tuala dan singlet sahaja.. Tiba-tiba pintu rumah Amin diketuk .. Aku dan Amin berpandangan.. Amin membuka pintu tersebut tanpa lengah .. "Kami dari Jabatan Jais Pahang mendapat laporan bahawa anda berdua berada di dalam rumah secara berdua-duaan .. Sila ikut kami ke pejabat sekarang juga.." kata sekumpulan lelaki yang mengatakan bahawa mereka dari pegawai JAIP.. aku meronta agar diriku dilepaskan dan memberitahu mereka bahawa aku tidak melakukan maksiat dan ini semua fitnah.. tapi, tiada sesiapa yang ingin mendengarnya..
Aku dan Amin dipaksa berkahwin tanpa rela oleh keluarga kami.. kami terpaksa menerima kerana ingin menutup aib keluarga kami.. ibu dan bapaku amat sedih dengan apa yang terjadi kepada kami.. semasa akad nikah.. aku hanya mampu menangis .. aku memang mencintai Amin tapi aku tidak ingin berkahwin dengannya dengan cara sebegini .. Pada malam pertama, kebiasaannya sepasang suami isteri akan membina satu mahligai yang indah bersama.. tetapi, tidak untuk aku dan dia. setelah dari akad nikah tamat .. Amin tidak pernah memandangku.. dan senyum kepadaku juga tidak .. Aku duduk di atas katil sambil berfikir apa yang harus aku lakukan.. Tiba-tiba pintu terbuka .. wajah Amin muncul di muka pintu .. dia hanya pandang aku dengan sinis.. dia tidak berkata sepatah pun kepadaku.. kenapa ?? hatiku berbisik .. "aku.. aku tak tahu macam mana.." tiba-tiba kataku disekat olehnya.. "kau diamlah ..! jangan cakap banyak .. kau nak tidur . tidur jelah .. aku tak ingin tidur sebelah kau .. aku tidur di sofa lagi bagus !" balasnya dengan lantang.. 'kenapa dia macam tu dengan aku ? kenapa dia benci aku ? aku tak bersalah.. aku pun tak nak berkahwin dengan cara sebegitu" dengus hatiku ..
5 bulan aku digelar isteri Amin.. tapi, hidupku tidak dilayan seperti seorang isteri.. setiap kali aku menjalankan tanggungjawab aku sebagai seorang isteri tapi dia tidak pernah menghiraukan tindakan aku itu. setiap hari aku membuat sarapan untuknya.. tapi dia tidak pernah menyentuh dan merasanya.. dan ketika dia hendak berangkat kerja , aku menghulurkan tanggan untuk bersalaman dengannya .. dia menghulur tapi dia merengus dengan tindakanku .. aku perit bila setiap kali dia berbuat bergitu kepadaku.. aku mencintainya selama 8 tahun .. ini yang dia balas .. aku cemburu bila melihat jiran-jiranku apabila suami mereka melayan mereka dengan baik .. tapi aku .... hanya mimpi bukan realiti .. aku tidak pernah disayangi dan dicintai olehnya..
Sehingga kini , hidupku tak pernah berubah .. hatinya masih benci akan aku .. walaupun kini aku berada di Korea, dia berada di Malaysia .. kami tidak pernah berhubung .. walaupun dia membenci aku .. tapi aku tetap mencintainya.. aku bingkas bangun dari tempat aku merehatkan diri sambil teringat akan kisah lalu yang mungkin menyakitkan hatiku.. aku berpaling ke belakang kerana ingin pulang ke kondominium aku.. Tiba-tiba aku seperti melihat kelibat Amin .. 'arrggh ! mungkin perasaan je ni' bisikku di dalam hati .. "Ain.." suara itu... seperti dia .. aku menoleh kearah suara tersebut.. dia menghampiriku .. dan kini .. dia betul-betul berada di hadapan aku.. dia mendekatkan dirinya dan hembusan nafasnya aku dapat rasakan.. 'apa yang dia buat di Korea ni ? kenapa dia berjumpa denganku.. bukankah dia benci aku ?' semakin banyak persoalan yang berlegar di benak fikiranku.. "Ain maafkan aku.. aku tahu aku banyak bersalah pada kau.. aku buat kau macam tak wujud dalam hidup aku.. setiap hari aku berkasar dengan kau.. setiap hari aku tengking dan marah kau.. selama 2 tahun kau pergi tinggalkan aku di Malaysia.. baru aku sedar yang aku amat memerlukan kau dalam hidup aku.. aku rindu kau .. tapi aku ego , dan biarkan kau disini.. maafkan aku... aku cintakan kau .. aku sayangkan isteri aku.. tolong aku Ain ..." rintih nya sambil menangis .. Aku hanya terdiam kaku mendengar apa yang dia ungkapkan .. dengan tidak semena-mena aku memeluknya dengan erat.. dia juga membalas pelukkan ku dengat kuat .. aku dapat merasakan detak jantungnya ketika itu . hembusan bayu nafasnya membuat aku hanyut dengannya.. Setelah 3 bulan kemudian.. aku mendapat berita gembira iaitu aku telah hamil 2 bulan .. aku terkejut dan gembira mendengar berita itu .. lalu aku memberitahu Amin .. Akhirnya,, kami bahagia sambil menunggu cahaya mata yang akan menyinari kehidupan kami...
http://www.youtube.com/watch?v=33YcYLumEDk wasalam... dari ctyqurratu....
Langgan:
Catatan (Atom)
